Setelah 1.5 bulan, kami telah datang melawat tapak projek Fertigasi milik En. Abdul Aziz yang mempunyai 4 lot kecil yang menempatkan keseluruhan 120 poin tanaman. Kami telah menanam untuk beliau 4 jenis tanaman yang berlainan iaitu Cili padi, Tomato Ceri, Rock Melon & Timun besar. Beliau telah pun menuai hasil tanaman untuk timun dan telah memberi kepada orang2 kampungnya untuk percubaan.

Pemasangan set-up yang kami buat di Gombak (berdekatan dengan UIA) sangat unik. Ia merupakan projek bersama persatuan Masjid di Gombak di atas tapak tanah waqaf di sana. Uniknya ialah kerana kami tidak membina struktur rumah lindungan. Sebaliknya peserta sendiri yang mengaturkan pembinaannya atas tunjuk ajar kami. Bahan strukturnya adalah dari buluh yang banyak didapati di kawasan tersebut. Mereka mengupah pekerja Indonesia yang mahir dalam pembinaan dengan bahan buluh. Mereka telah dapat menjimatkan kos dari segi struktur rumah dari menggunakan bahan besi G.I seperti yang ada dalam pekej kami. Binaannya nampak teguh dan cantik. Kami hanya menyediakan semua peralatan lainnya termasuk plastic Greenhouse, coco-peat, netting, baja, pam, benih serta memberikan kursus yang dibuat disana atas permintaan mereka. Kursus diadakan di dewan Masjid yang 'dirasmikan' oleh Y.B MP Gombak sendiri (pada masa itu ialah YB Dr. Rahman) dan dihadiri oleh 80 orang (memang seronok). Mereka juga siap membuat rumah tangki yang juga dari buluh. Punca airnya diambil dari sungai bukit bersebelahan tapak projek. Airnya yang bersih & dingin sangat sesuai untuk projek ini. Mereka telah menanam cili dan hasilnya sangat bagus sekali.





Pada tahun lalu, kami Pihak pengurusan Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah pun bersetuju mengambil pekej fertigasi kami (yang berukuran 19' X 80') yang mengandungi 220 point (pokok) dan diusahakan tanaman Melon secara fertigasi untuk peserta Projek PPRT (Pembangunan keluarga Termiskin) di sebuah perkampungan PPRT anjuran KEJORA di Punggai yang didiami oleh 30 keluarga yang kebanyakannya adalah nelayan miskin. Pemasangan set-up tersebut telah berjaya dibuat dalam tempoh 5 jam sahaja. Pihak KEJORA telah menyediakan rumah tangki khas serta menyediakan kawasan. Kami telah memberikan tunjuk ajar secara intensif selain peserta (Pak Dollah dan keluarganya yang juga merupakan wakil atau 'ketua kampung' perkampungan tersebut) selain beberapa sessi lawatan ke tapak untuk memberikan panduan secara praktikal. Gambar - gambar di bawah menunjukkan En. Jamal sedang membantu penyediaan stok larutan baja. gambar lain menunjukkan saya sedang menguji sistem irrigasi titis serta pandangan tepi keseluruhan struktur rumah dan set-up pam di rumah tangki bersebelahan



Pada 29hb November 2008, saya & rakan partner saya en. Jamal telah sama-sama membantu proses pemasangan set-up fertigasi 4 lot kecil dengan 2 set pengairan titis yang mengandungi 120 point untuk client kami, En. Abd Razak di Parit Bunga, Muar, Johor. Semuanya berjalan lancar dan En. Razak pun nampaknya berpuas hati. Set-up tersebut dipasang di sebuah tapak tanah yang baru dilapangkan berhampiran dengan rumahnya yang juga terdapat kilang mee siput yang baru diusahakannya dalam setahun yang lalu. Jika diperhatikan dari gambar2 di bawah, kami tidak memasang alas Silvershine. Ini adalah kerana penyediaan tapak oleh beliau tidak begitu sempurna (tanahnya tidak diratakan dengan baik, banyak lopak air dan bonggolan batu & tanah serta topografi yang tidak rata. Ini akan merosakkan alas tersebut dan mengakibatkan pengairan yang tidak sekata serta risiko air baja disedut oleh faktor graviti walaupun pam telah berhenti). Walaubagaimanapun, kami telah membekalkan beliau dengan alas tersebut dan memintanya meratakan perlahan-lahan dan setelah itu memasangnya. Beliau telah menyatakan cadangan untuk mengusahakan kedua-dua projek ini secara sepenuh masa dan ingin menambahkan jumlah point pokok kepada set yang sedia ada. Selain sistem tanaman dan bekalan anak pokok, benih, media semai(peat-moss) & media tanaman (coco-peat), baja dan peralatan lainnya, kami juga membekalkan beliau dengan racun, pam penyembur racun, buku & CD lengkap kaedah Fertigasi selain Kursus Fertigasi secara percuma serta konsultasi dan lawatan dari kami. Beliau telah mengenali kami melalui site promosi kami di http://produk2-green-legacy.blogspot.com.



Kami ingin memperkenalkan produk terbaru yang merupakan hasil kerja seorang Penyelidik yang tersohor sekarang ini dan juga pakar dalam sistem tanaman secara Fertigasi dan Hidroponik iaitu Tuan Hj. Amat Khri Mardi dari Institut Pertanian Air Hitam, Johor. Beliau telah menyusun buku ini dengan begitu teliti dan terperinci sekali. Mengandungi 50 muka surat yang memberi penumpuan khusus berkenaan semua yang anda perlu tahu tentang sistem Fertigasi, dari definasi, kelebihan dan keperluan asas fertigasi, pengurusan tapak semaian, pengurusan ladang, pengurusan projek (untuk tanaman Kobis, Cili, Tomato & Tembikai Wangi sebagai misalan) sehinggalah kepada anggaran kos yang mungkin terlibat serta tips - tips untuk meningkatkan hasil dan pendapatan dengan teknologi ini. Oleh itu, silalah hubungi kami (melalui email greenlegacy05@yahoo.com atau telefon) untuk memesan buku ini. Harganya cuma RM25 + kos posting RM5 = RM30 sahaja.


















1)* 2 Set pengairan automatik bermakna tambahan 1 set tangki, Timer, Pam & Filter
bagi 250 point untuk sulaman musim tanaman yang kedua (sila lihat gambar di bawah). Sekiranya pelanggan hanya mahu 1 set pengairan sahaja, maka harganya adalah lebih murah.
2) Peserta yang mengambil pekej ini akan dapat menghadiri kursus Intensif Fertigasi 1 hari yang akan diadakan di Johor Bahru (tarikh akan diumumkan kemudian)
3) Caj Pemasangan adalah percuma. Caj minimum penghantaran akan dikenakan mengikut jarak
3) Pelanggan perlulah menyediakan tapak kebun yang cukup luas untuk keseluruhan projek serta topografi yang rata

Gambar di atas menunjukkan 2 set pengairan yang terdiri dari 1 tangki larutan nutrien, 2 tong stock baja (A & B), pam & penapis.

Sila lihat post Pemasangan Set-up Fertigasi/Hidroponik untuk melihat contoh pemasangan yang telah kami buat untuk client-client kami.











Gambar di bawah menunjukkan deretan rumah lindungan hujan bersaiz 8 X 20 yang lengkap dipasang vege-net. Sekiranya pelanggan berkehendak untuk memasang net seperti ini, juga boleh diuruskan. Sedikit pengubahsuaian pada sebutharga akan dilakukan. 1)* 2 Set pengairan automatik bermakna tambahan 1 set tangki, Timer, Pam & Filter bagi 500 point untuk sulaman musim tanaman yang kedua (sila lihat gambar di bawah). Sekiranya pelanggan mahukan hanya 1 set pengairan sahaja, maka harganya adalah lebih murah.
2) Peserta yang mengambil pekej ini akan dapat menghadiri kursus Intensif Fertigasi 1 hari yang akan diadakan di Johor Bahru (tarikh akan diumumkan kemudian)
3) Caj Pemasangan adalah percuma. Caj minimum penghantaran akan dikenakan mengikut jarak
3) Pelanggan perlulah menyediakan tapak kebun yang cukup luas untuk keseluruhan projek serta topografi yang rata
Gambar menunjukkan contoh 2 set pengairan yang terdiri dari 2 set Tangki larutan nutrien, 2 set tong stock baja (A & B) serta 2 set pam & penapis

Sila lihat post Pemasangan Set-Up Fertigasi/Hidroponik untuk contoh set-up yang telah kami pasang untuk client-client terbaru kami





1)* 2 Set pengairan automatik bermakna tambahan 1 set tangki, Timer, Pam & Filter bagi 250 point untuk sulaman musim tanaman yang kedua. Sekiranya pelanggan hanya mahukan 1 set pengairan sahaja, maka harganya adalah lebih murah.
2) Peserta yang mengambil pekej ini akan dapat menghadiri kursus Intensif Fertigasi 1 hari di Johor Bahru. Tarikhnya akan diumumkan kemudian.
3) Caj Pemasangan adalah percuma. Caj minimum penghantaran akan dikenakan mengikut jarak
3) Pelanggan perlulah menyediakan tapak kebun yang cukup luas untuk keseluruhan projek serta topografi yang rata

Sila lihat post Pemasangan Set-up Fertigasi/Hidroponik yang telah kami buat untuk client-client terbaru kami









1) Peserta yang mengambil pekej ini akan dapat menghadiri kursus Intensif Fertigasi 1 hari untuk 1 orang yang akan diadakan di Johor Bahru (tarikh akan diumumkan kemudian)
2) Caj Pemasangan adalah percuma. Caj minimum penghantaran akan dikenakan mengikut jarak
3) Pelanggan perlulah menyediakan tapak kebun yang cukup luas untuk keseluruhan projek serta topografi yang rata

_________________________________________________________________

1) Sekiranya pelanggan hendak membuat setup untuk 120 point, misalnya serta hendak menyediakan 2 set pengairan untuk 2 musim sulaman, maka lot yang kedua akan ditolak beberapa item (sila rujuk rajah di bawah). Untuk 2 Lot yang kedua, perlu ditolakkan 3 item lagi iaitu 1) Konsultasi 2) CD/Buku Fertigasi & 3) E.C Meter. Oleh itu, untuk total 4 lot yang merangkumi 120 point, harga rasminya ialah RM11262.


Sila lihat post Pemasangan Set-up Fertigasi/Hidroponik yang telah kami buat untuk client-client terbaru kami.


 

Blogger Templates. Sponsored by SEO Expert