Pemasangan set-up yang kami buat di Gombak (berdekatan dengan UIA) sangat unik. Ia merupakan projek bersama persatuan Masjid di Gombak di atas tapak tanah waqaf di sana. Uniknya ialah kerana kami tidak membina struktur rumah lindungan. Sebaliknya peserta sendiri yang mengaturkan pembinaannya atas tunjuk ajar kami. Bahan strukturnya adalah dari buluh yang banyak didapati di kawasan tersebut. Mereka mengupah pekerja Indonesia yang mahir dalam pembinaan dengan bahan buluh. Mereka telah dapat menjimatkan kos dari segi struktur rumah dari menggunakan bahan besi G.I seperti yang ada dalam pekej kami. Binaannya nampak teguh dan cantik. Kami hanya menyediakan semua peralatan lainnya termasuk plastic Greenhouse, coco-peat, netting, baja, pam, benih serta memberikan kursus yang dibuat disana atas permintaan mereka. Kursus diadakan di dewan Masjid yang 'dirasmikan' oleh Y.B MP Gombak sendiri (pada masa itu ialah YB Dr. Rahman) dan dihadiri oleh 80 orang (memang seronok). Mereka juga siap membuat rumah tangki yang juga dari buluh. Punca airnya diambil dari sungai bukit bersebelahan tapak projek. Airnya yang bersih & dingin sangat sesuai untuk projek ini. Mereka telah menanam cili dan hasilnya sangat bagus sekali.





0 Comments:

Post a Comment




 

Blogger Templates. Sponsored by SEO Expert