Showing posts with label Pemasangan Set-up Fertigasi/Hydroponik. Show all posts
Showing posts with label Pemasangan Set-up Fertigasi/Hydroponik. Show all posts
Lawatan ke Projek Mini Fertigasi di Parit Bunga, Muar
1 comments Posted by Shahrul Fitri at 12:29 PM
Setelah 1.5 bulan, kami telah datang melawat tapak projek Fertigasi milik En. Abdul Aziz yang mempunyai 4 lot kecil yang menempatkan keseluruhan 120 poin tanaman. Kami telah menanam untuk beliau 4 jenis tanaman yang berlainan iaitu Cili padi, Tomato Ceri, Rock Melon & Timun besar. Beliau telah pun menuai hasil tanaman untuk timun dan telah memberi kepada orang2 kampungnya untuk percubaan.
Pemasangan set-up yang kami buat di Gombak (berdekatan dengan UIA) sangat unik. Ia merupakan projek bersama persatuan Masjid di Gombak di atas tapak tanah waqaf di sana. Uniknya ialah kerana kami tidak membina struktur rumah lindungan. Sebaliknya peserta sendiri yang mengaturkan pembinaannya atas tunjuk ajar kami. Bahan strukturnya adalah dari buluh yang banyak didapati di kawasan tersebut. Mereka mengupah pekerja Indonesia yang mahir dalam pembinaan dengan bahan buluh. Mereka telah dapat menjimatkan kos dari segi struktur rumah dari menggunakan bahan besi G.I seperti yang ada dalam pekej kami. Binaannya nampak teguh dan cantik. Kami hanya menyediakan semua peralatan lainnya termasuk plastic Greenhouse, coco-peat, netting, baja, pam, benih serta memberikan kursus yang dibuat disana atas permintaan mereka. Kursus diadakan di dewan Masjid yang 'dirasmikan' oleh Y.B MP Gombak sendiri (pada masa itu ialah YB Dr. Rahman) dan dihadiri oleh 80 orang (memang seronok). Mereka juga siap membuat rumah tangki yang juga dari buluh. Punca airnya diambil dari sungai bukit bersebelahan tapak projek. Airnya yang bersih & dingin sangat sesuai untuk projek ini. Mereka telah menanam cili dan hasilnya sangat bagus sekali.




Pada tahun lalu, kami Pihak pengurusan Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah pun bersetuju mengambil pekej fertigasi kami (yang berukuran 19' X 80') yang mengandungi 220 point (pokok) dan diusahakan tanaman Melon secara fertigasi untuk peserta Projek PPRT (Pembangunan keluarga Termiskin) di sebuah perkampungan PPRT anjuran KEJORA di Punggai yang didiami oleh 30 keluarga yang kebanyakannya adalah nelayan miskin. Pemasangan set-up tersebut telah berjaya dibuat dalam tempoh 5 jam sahaja. Pihak KEJORA telah menyediakan rumah tangki khas serta menyediakan kawasan. Kami telah memberikan tunjuk ajar secara intensif selain peserta (Pak Dollah dan keluarganya yang juga merupakan wakil atau 'ketua kampung' perkampungan tersebut) selain beberapa sessi lawatan ke tapak untuk memberikan panduan secara praktikal. Gambar - gambar di bawah menunjukkan En. Jamal sedang membantu penyediaan stok larutan baja. gambar lain menunjukkan saya sedang menguji sistem irrigasi titis serta pandangan tepi keseluruhan struktur rumah dan set-up pam di rumah tangki bersebelahan




Pemasangan Set-Up Fertigasi di Muar, Johor (120 point)
0 comments Posted by Shahrul Fitri at 12:58 PMPada 29hb November 2008, saya & rakan partner saya en. Jamal telah sama-sama membantu proses pemasangan set-up fertigasi 4 lot kecil dengan 2 set pengairan titis yang mengandungi 120 point untuk client kami, En. Abd Razak di Parit Bunga, Muar, Johor. Semuanya berjalan lancar dan En. Razak pun nampaknya berpuas hati. Set-up tersebut dipasang di sebuah tapak tanah yang baru dilapangkan berhampiran dengan rumahnya yang juga terdapat kilang mee siput yang baru diusahakannya dalam setahun yang lalu. Jika diperhatikan dari gambar2 di bawah, kami tidak memasang alas Silvershine. Ini adalah kerana penyediaan tapak oleh beliau tidak begitu sempurna (tanahnya tidak diratakan dengan baik, banyak lopak air dan bonggolan batu & tanah serta topografi yang tidak rata. Ini akan merosakkan alas tersebut dan mengakibatkan pengairan yang tidak sekata serta risiko air baja disedut oleh faktor graviti walaupun pam telah berhenti). Walaubagaimanapun, kami telah membekalkan beliau dengan alas tersebut dan memintanya meratakan perlahan-lahan dan setelah itu memasangnya. Beliau telah menyatakan cadangan untuk mengusahakan kedua-dua projek ini secara sepenuh masa dan ingin menambahkan jumlah point pokok kepada set yang sedia ada. Selain sistem tanaman dan bekalan anak pokok, benih, media semai(peat-moss) & media tanaman (coco-peat), baja dan peralatan lainnya, kami juga membekalkan beliau dengan racun, pam penyembur racun, buku & CD lengkap kaedah Fertigasi selain Kursus Fertigasi secara percuma serta konsultasi dan lawatan dari kami. Beliau telah mengenali kami melalui site promosi kami di http://prod

uk2-green-legacy.blogspot.com.





Subscribe to:
Posts (Atom)



